Tuesday, 1 October 2013

Resepi Ke 05 : Ayam Masak Merah + Nasi Minyak


Hidangan : 2 orang
Masa memasak : 30 minit
Masa penyediaan : 15 minit


Bahan A (dikisar)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 4 sudu besar cili boh @ cili giling
  • 1 tangkai serai
  • 1/2 cawan air

Bahan B 
  • 300 gram ayam
  • 1 biji tomato (dipotong empat)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

Bahan C (Nasi Minyak)
  • 1 cawan beras
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat
  1. Panaskan minyak dan tumis Bahan A.
  2. Masukkan sos cili, air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan selama 10 minit.
  3. Masukkan ayam dan tomato. Tutup dan biarkan masak selama 10 minit.
  4. Cuci beras, masukkan semua Bahan C dan masak selama 30 minit dalam periuk nasi.
  5. Sedia dihidangkan bersama salad dan tomato.

Selamat Mencuba!!

Chef Anuar Kamali

Monday, 30 September 2013

Resepi Ke 04 : Ikan Cencaru Masak Pindang


Hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Masa penyediaan : 10 minit


Bahan A


  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci kunyit hidup (dihiris)
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 keping asam gelugor @ asam keping
  • 8 tangkai cili padi
  • Garam secukup rasa
  • 4 cawan air 
  • 1 tangkai serai (ditumbuk)

Bahan B
  • 2 ekor ikan cencaru (disiang, potong tiga)
  • 1 biji tomato (dipotong empat)

Cara Membuat
  1. Didihkan air dan masukkan Bahan A selama 10 minit.
  2. Masukkan Bahan B ke dalam periuk selama 10 minit.
  3. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.

Selamat Mencuba!!

Chef Anuar Kamali

Resepi Ke 03 : Mee Goreng Ayam


Hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Masa penyediaan : 5 minit


Bahan A (dikisar)


  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ekor ikan bilis
  • 1 inci belacan
  • 3 sudu besar cili boh @ cili giling
  • 2 sudu besar kicap cair 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Bahan B
  • 150 gram ayam (dipotong kecil)
  • 1 bungkus mee kuning (dicelur dalam air panas selama 10 minit kemudian disiram dengan air sejuk)
  • 1 ikat sawi (dipotong kecil)

Cara Membuat
  1. Panaskan minyak dan tumiskan Bahan A sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, masak selama 5 minit.
  3. Masukkan mee kuning dan sawi ke dalam kuah tadi dan gaul sebati selama 10 minit.
  4. Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba!!

Chef Anuar Kamali

Resepi Ke 02 : Keli Masak Lemak Berlada


Hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Masa penyediaan : 10 minit



Bahan A (ditumbuk)


  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 ekor ikan bilis
  • 1 inci belacan
  • 8 tangkai cili padi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan B
  • 2 ekor ikan keli (disiang, potong dua)
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa @ sepeket serbuk santan)

Cara Membuat
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan keli yang telah dilumur serbuk kunyit. Asingkan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan Bahan A yang telah ditumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan santan dan biarkan masak selama 10 minit. 
  4. Masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi ke dalam kuah dan biarkan selama 5 minit.
  5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.

Selamat Mencuba!!

Chef Anuar Kamali

Friday, 27 September 2013

Resepi Ke 01 : Nasi Ayam Kukus

Hidangan : 2 orang
Masa memasak : 30 minit
Masa penyediaan : 15 minit



Bahan A (Nasi)
  • 1 cawan beras
  • 1 sudu kecil marjerin
  • 2 cawan sup ayam (Bahan B)

Bahan B (Sup Ayam)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kiub pati ayam Knoor
  • 150 gram ayam (bahagian tulang)
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 pokok daun sup (diracik)

Bahan C (Sos)
  • 1 biji tomato 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan sup ayam (Bahan B)
  • 1 tangkai cili merah besar
  • Gula secukup rasa

Bahan D (Ayam Kukus)
  • 1 keping dada ayam
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat
  1. Panaskan minyak dan tumiskan Bahan B sehingga wangi.
  2. Masukkan air, ayam, kiub pati ayam, garam secukup rasa.
  3. Basuh beras dan masukkan Bahan A. Boleh tambah serbuk kunyit jika inginkan nasi berwarna kuning.
  4. Perap Bahan D selama 5 minit, kukus di dalam periuk semasa memasak nasi.
  5. Panaskan minyak dan tumis Bahan C (dikisar terlebih dahulu) selama 5 minit.
  6. Sedia dihidangkan bersama hirisan timun, tomato dan salad.

Selamat Mencuba!!

Chef Anuar Kamali

Sunday, 22 September 2013

Pendahuluan





Bismillahirrahmanirrahim w.b.t..


Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya membuka hati saya untuk membuat blog ini. Untuk makluman semua, saya nie memang suke masak..kalau sebelum nie hanya gambar yang mampu dikongsi dalam facebook, so mulai saat dan waktu nie saya akan kongsi resepi yang ringkas tapi sedap dalam blog ini.

Diharapkan semua blogger masakan dapat membantu memantapkan lagi cara persembahan blog ini.

Sekian,

Wassalamualaikum w.b.t..



Chef Anuar Kamali